Tuesday, April 12, 2011

Memahami maksud "BUDAYA HEDONISME"

BUDAYA hedonisme telah dikenal pasti sebagai agen penghakis amalan tradisi dalam sesuatu budaya. Melalui media hiburan yang dibawa dari Barat , generasi muda telah didedahkan dengan alat pertuturan yang kasar , gaya pemakaian yang mencolok mata dan cara pergaulan yang bebas.

   Hendonisme menurut pengertian Kamus Dewan ialah pegangan atau keseronokan atau kesenagan hidup. Dengan erti lain mereka mengamalkannya beranggapan bahawa kesengan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan hidup,

   Akibat daripada ideologi ini , Mereka telah terpesong dalam gejala-gejala yang bertentangan dengan norma kehidupan seperti arak , seks bebas dan sehingga ke peringkat menolak agama. Impak daripada pengembangan budaya hedoinisme ialah permasalahan sosial yang berleluasa dalam masyarakat. Ramai ahli akademik berpendapat hedonisme adalah faktor utama masalah sosial dan keruntuhan akhlak.

Mari kita selidik dengan lebih mendalam , apakah tren-tren yang muncul disebalik wajah muda-mudi kita hari ini yang telah terpengaruh dengan budaya kuning Barat

SKIN HEAD
(S - soldier K - kingdom I - individual N - nationalisme H - hate E - ego A - and D - drugs)
-Slogan yang dibangga-banggakan oleh golongan yang bergelar sedemikian.

- Skin Head sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing kepada remaja hari ini. Budaya ini mula mendapat perhatian dan diamalkan secara membuta tuli. Skin Head adalah suatu subbudaya yang lahir di London,England pada akhir tahun 60-an. Pada masa kini , Skin head sudah tersebar ke seluruh dunia. Nama Skin Head merujuk kepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak.
-Meskipun Skin Head banyak dikaitkan dengan kelompok orang-orang rasis dan Neo-Nazi , namun Skin Head yang sebenarnya tidaklah Neo-Nazi,kerana pada awalnya Skinhead adalah kaum tertindas dari kelas pekerja(terutamanya buruh pelabuhan) di London,England.

-Skin Head juga merujuk kepada kelompok orang (biasanya remaja) yang merupakan peminat muzik jalanan dan juga muzik punk. Amalan budaya negatif ini telah mula mendapat perhatian golongan belia remaja walaupun ternyata 'Skin Head' ini langsung tidak membawa manfaat kepada pengamalnya. Tetapi disebabkan orang Barat mempraktikkannya , maka ia dianggap sebagai suatu yang glamour apabila melakukannya.

No comments:

Post a Comment